Friday, February 17, 2012
Perbualan antara Rasulullah dan Malaikat Jibril tentang kiamat

Dari
Umar ibnu Khattab ra beliau berkata: "Pada suatu hari tatkala kami
sedang duduk-duduk bersama Rasulullah saw. lalu datang seorang
laki-laki. Pakaiannya sangat putih. Rambutnya sangat hitam.
Tidak
nampak tanda-tanda bahawa dia dari perjalanan. Tidak seorangpun di
antara kami yang mengenalnyaa. Kemudian orang tersebut duduk berhadapan
dengan Rasulullah SAW.Disandarkannyaa kedua lututnya ke lutut Rasul dan
kedua telapak tangannya diletakkan pada kedua-dua paha Rasul.
Kemudian
orang itu berkata: "Ya Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam ..."
Lalu Nabi menjawab; "Islam itu bahawa kamu saksikan bahawa tiada Tuhan
yang disembah selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah. Kamu dirikan
solat, tunaikan zakat, berpuasa dibulan Ramadhan dan laksanakann haji ke
Baitullah jika kamu mampu berjalan ke sana. "
Orang itu kemudian berkata: "Benar engkau ..."
kami
pun hairan (kata Umar) dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkan.
Kemudian orang tadi berkata pula: "Khabarkan kepadaku tentang Iman."
Rasul
menjawab; 'Iman, bahawa kamu percaya kepada Allah, kepada para
MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, percaya kepadaa hari akhir
dan percaya kepada takdir baik atau buruk. "" Benar engkau, "kata orang
itu pula.
Kemudian dia berkata lagi: "Khabarkan kepadaku tentang Ihsan (kebajikan)."
Nabi
menjawab: "Ihsan itu adalah engkau sembah Allah seakan-akan engkau
melihatNya, tetapi jika engkau tidak mampu melihatNya, ketahuilah bahawa
Dia tetap melihat engkau."
Kemudian orang tadi berkata pula: "Khabarkan kepadaku tentang Kiamat."
Lalu Rasul menjawab: "Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada orang yang bertanya."
Lalu kemudian orang itu berkata lagi: "Khabarkan kepadaku tanda-tanda akan datang Kiamat. "
Rasul
menjawab: 'Bahawa seorang ibu melahirkan pemimpinnya dan engkau akan
melihat yang dulunya seorang yang hidup fakir, berjalan pun tidak
beralas kaki namun mereka berlumba-lumba untuk membina
bangunan-bangunan. "
Kemudian
orang itu berpisah dari kami dan aku (kata Umar) berlangsung sejenak
... lalu Nabi bertanya kepadaku ...: "Ya Umar, kamu tahu siapa yang
bertanya tadi .."
Aku berkata: "Allah dan RasulNya lah yang lebih tahu."
Lantas Nabi bersabda: "Dia adalah Jibril, dia datang untuk mengajarkan agama kepada kamu." (HRMuslim)